SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MEMANAH MSSM, BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Rabu, 24 Januari 2018

Cari Bakat Pemanah Baharu


Peserta khusyuk mendengar penerangan daripada jurulatih

BACHOK - Kelab Memanah Sekolah Kebangsaan (SK) Keting telah mengadakan klinik memanah terbuka bertempat di Dewan Memanah SK Keting dalam mencungkil bakat dan pelapis negara satu hari nanti.
Klinik memanah ini diadakan untuk membolehkan asas-asas dan teknik-teknik yang betul dapat dipelajari oleh pemanah-pemanah cilik daripada jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman yang didatangkan khas dari negeri Selangor iaitu Zul Amal Deraman.
Penyelaras program, Mohd Nasir Mohammad berkata, seramai 20 orang pemanah menyertai klinik memanah bawah 12 tahun yang julung kali diadakan di daerah Bachok.
Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Nasir berkata, terdapat juga dua orang pemanah dari luar Kelantan hadir sama dalam program tersebut.
“Penganjuran klinik memanah ini juga untuk mengesan bakat bakat baharu untuk diketengahkan dan sebagai persiapan awal untuk Kejohanan Memanah MSSD dan MSSK pada tahun hadapan.
“Klinik memanah ini adalah satu titik tolak kepada program Go To Medal bagi skuad memanah SK Keting sebagaimana yang diilhamkan oleh Guru Besar, Norhati Mohd Salleh bagi projek gemilang kokurikulum 2018,” katanya kepada Sinar Harian.
Cikgu Nasir berkata, kelab memanah SK Keting baru sahaja ditubuhkan pada April 2017 telah berjaya melahirkan dua orang pemanah iaitu Mohd Fauzan Mohd Nasir,10, dan Muaz Darwish Marizam,10, yang berjaya memenangi pingat gangsa peringkat MSSK.
Beliau berkata, kejayaan awal itu telah memberi satu rangsangan kepada pihak pentadbiran sekolah yang di ketuai oleh guru besar mereka untuk terus melahirkan pemanah pemanah yang hebat di kalangan murid murid SK Keting, sementelah sekolah itu tidak mempunyai padang.

1 ulasan:

  1. Assalam. Tumpang tanya, ada tak jadual pertandingan memanah di Kelantan Ogos akan datang ini?

    Tq.

    BalasPadam